Total Pageviews

Monday, 15 April 2013

Screaming Inside......



Hati tidak tenang?rasa seperti sesuatu yang hilang?

Di dalam dunia ini,tiada siapa yang mahu hatinya tidak tenang memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan yang pasti tiada sesiapa yang mahu hatinya kecewa..apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini..Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan mampu mengalirkan air mata..

Namun tidak semua kekecewaan kita hanya kerana masalah percintaan dan pertemuan jodoh..kadang-kala tindakan atau percakapan rakan-rakan jugak mampu membuatkan hati kita terguris..dan mungkin jugak kesilapan yang kita lakukan terhadap orang lain antara punca hati kita tidak tenang..nak dijadikan cerita banyak perkara yang mampu membuatkan hati kita remuk dan membuatkan kita rasa lemah..

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah..berpura-pura kuat, mengukir senyuman tapi tiada siapa yang tahu betapa peritnya di dalam hati ini yang menanggung sendirian..tapi persoalannya sampai biler kita mahu berpura-pura?kita adalah manusia..yang mempunyai hati dan perasaan..hakikatnya kita dambakan perasaan gembira dan tenang dalam kehidupan..


Mahu atau tidak kita mesti membawa diri kita keluar daripada dunia yang tiada penghujungnya kalau dilayan sepanjang masa..memetik kata-kata penulis berbangsa Perancis, Marcel Pagnol ;
"The reason people find it so hard to be happy is because they always see the past is better than it really is"
Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka kata-kata si marcel ni..jom lepaskan kesedihan,kepedihan,kekecewaan,dan sewaktunya demi mencari kegembiraan dan kebahagiaan pada masa hadapan..tapi jauh di dalam sudut hati ini aku merindui sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti..

Dari hati yang tidak tenang,           :)







No comments:

Post a Comment