Total Pageviews

Monday 13 May 2013

Gundah Gulana anak maulana! XD

Assalamualaikum..wah!rasa macam da lama giler tak update kat sini *sambil tiup-2 habuk*..semenjak cuti midsem tu asyik sibuk je memanjang..lecturer jeles agaknya ngan student2 kat sini..Lol..kalau ikutkan tadi tak terdetik pun nak update blog ni ha..tapi time masa mandi..eh!silap..lepas mandi..hahaha..tetibe mood tak menentu datang..i'm just thinking of myself..aku rasa aku banyak berubah..maksud berubah aku kat sini ialah sikap aku terhadap kawan-2 aku..semenjak sem 2 ni lebih-lebih lagi biler pejai da takde kat sini,aku da kurang jaga hati dan perasaan kawan-2 aku terutama mereka yang terdekat ngan aku..

kadang-2 tu aku rasa bersalah giler ngan diorang..aku selalu cakap lepas tanpa memikirkan perasaan diorang..sebenarnya aku da lama buang sikap aku yang suka cakap lepas..last sekali time sekolah menengah dulu..lepas zaman persekolahan aku da jarang cakap lepas..dan aku berjaya mengawalnya..tapi skrg da tebiat tu da meliar kembali mungkin sebab memberontak..memberontak?sebab terlalu banyak masalah yg dipendamkan..dan biler sampai masa ia meletup tu yg jadi mcm ni..

Antara orang yang selalu aku sakitkan hati sudah semestinya arep..maafkan aku sahabat..aku tau selama ni mesti kau terasa hati ngan aku..walaupun kau tak cakap,tengok reaksi muka kau pun aku tau..aku pun tak tau kenapa aku selalu buat kau marah..mungkin sebab kau orang paling dekat ngan aku..



                Sorry Sahabat!








kadang-2 aku tak reti nak ceritakan ape yang aku rasa,,aku lebih prefer untuk menulis kerana ia dekat dengan jiwa aku..hanya pada orang yang aku betul2 selesa baru aku akan bercerita..aku akui yang aku ni seorang yang ego tinggi..tapi sayang setiap kali aku rendahkan ego aku pada seseorang tu,its useless..you know why?aku rendahkan ego untuk org salah..sebab tu aku lebih berhati-2 sekarang..

ok..cukup lah pasal tu..sini aku nak kenalkan korang ngan kawan2 aku yang awesome sepanjang aku belajar kat UMP ni..macam-2 perangai,karenah yang ade..so selamat berkenalan ye..



Lima sahabat yang ke pening kepala nak melayan ngan karenah masing-2..
ok bermula dengan baju putih tu amar..aku kenal dia semenjak kat pasum lagi..classmate siap..tu yg rapat..
yang baju coklat tu pejai..ha!king of sleep..haha..dia ni pandai berbicara..senang nak berbicara ngan dia..
yang tinggi baju biru tu nama dia arep..orang terengganu..tapi boleh cakap kedah sampaikan orang ingatkan dia bukan orang terengganu..
yang duduk tu pulak lan..skill-2 pasal kemahiran hidup ni mmg kepakaran dia..eh!haha



ok..ni rakan-2 sepermainan,semakan,dan ape-2 seangkatan dengan nya..dulu kami aktif berfutsal..tapi makin lama da semakin kurang aktif..banyak sebab di sebalik semua ni..semenjak belajar kat sini,semangat untuk bersukan tu da semakin berkurang..keadaan sekeliling banyak mempengaruhi..tapi aku takkan biarkan passion aku terhadap sukan takkan hilang..i will make sure that!

sekian untuk post kali ni..aku pun tak tau ape yang sebenarnya aku cuba sampaikan pada post kali ni..tengok tajuk pun da tau..mood sangat mempengaruhi post kali ni..haha..semoga berjumpa lagi..a
assalamualaikum dan terima kasih sebab sanggup baca sampai abis.. :p  

wahai sahabat-2 ku sekalian,maafkan aku seandai nya tingkah laku atau pertuturan aku telah mengguris hati kalian.. *itupun kalau korang terbaca post kali ni lah* salam sahabat :')

Sunday 21 April 2013

Al-Fatihah :'(

Ya Allah..terasa sebak dihati ini tatkala mendapat berita pemergian dua rakan UMP untuk selama-lamanya..mereka dikhabarkan lemas ketika bermandi-manda di Bekelah..

Sejak dapat berita tentang kejadian lemas ini,hati aku tak tenteram..dan sehinggakan bulu roma aku meremang..tapi apakan daya Allah lebih menyayangi mereka..Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..SesungguhNya Allah Maha Berkuasa..pasti ade hikmah disebalik semua kejadian ini..

Walaupun aku tak mengenali diorang,tetapi aku dapat merasakan ape yang rakan-rakan terdekat diorang rasakan..apetah lagi keluarga mereka..terkilan,sedih,terkejut dan macam-macam lagi yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata..kehilangan orang yang kita sayangi pasti sesuatu yang memeritkan bagi kita..

Dan menurut berita terkini,seorang lagi rakan mereka,Umar Abdul Razak sedang berada dalam ICU..mari kita doakan beliau agar selamat..mungkin sekarang mereka di dalam kesusahan..dan mungkin suatu hari nanti kita jugak akan menerima nasib yang sama..tak banyak aku mintak..jom bacakan Yassin untuk mereka malam ni..

Al-fatihah buat arwah Mohd Akmal Bin Ismail dan Amir Fahmi Bin Othman..takziah buat keluarga masing-masing.. :'(


Tuesday 16 April 2013

Sejarah semalam...




Semalam hanya tinggal sejarah..esok hanya kita yang mampu mencorakkannya dengan penuh harapan..dan sekarang kita kena terimanya dengan penuh kesedaran..ya!memang betul semalam hanya sejarah..tetapi tak semestinya kita perlu melupakannya..George Santayana pernah berkata ;
"Sesiapa yang melupai sejarah,pasti dia akan mengulanginya"




Sejarah silam akan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa..dewasa bukan hanya terletak pada umur semata-mata tetapi merujuk jugak kepada sikap,emosi dan rohani..tiada yang lebih baik selain daripada kita perbetulkannya..orang yang paling rugi ialah orang yang terus-menerus mengulangi kesalahan yang sama..rugi masa,wang,tenaga dan segala-galanya.. 


Hidup tak selalunya indah yang seperti kita harapkan atau impikan..sedangkan mimpi pun kita tak selalu dapat yang indah-indah inikan pula kehidupan yang penuh dengan persoalan dan misteri..jikalau kita mimpikan sesuatu yang kita suka,mesti kita tak nak terjaga dari mimpi itu kan..kalau boleh nak terus berada dalam mimpi tu..tapi sejauh mana kita cuba kita tetap akan terjaga jua..jadi kita kena sedar dengan realiti sebenar..realiti hidup itu tak seindah mimpi..tetapi ianya lebih daripada itu kerana kita yang mencorakkannya..

Makin kita rasa kita kenal seseorang itu sebenarnya kita tidak tahu pape pun pasal seseorang itu....

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada hilang orang yang kita cinta..melupakan seseorang yang kita sayangi sememangnya sukar.. cinta itu benar-benar teruji apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagian untuknya walaupun kita terpaksa melepaskan nya pergi..cinta takkan selalu ade dengan jodoh tetapi jodoh akan selalu bersama dengan cinta..

Errr~ apakah?better stop it..macam terkeluar topik je -.- haha..ni lah bahana nya pabila update time sume da tido..cukuplah untuk hari ini..esok ade test and quiz..lebih baik fokus kat situ..pelajaran didahulukan perasaan diutamakan..Lol..assalamualaikum :)

Mendayung sampan ke Sg. Rajang,
Dibawa bersama awek kumalasarigi,
Kalau ade umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi..

"Too much sweetness in a relationship leads to a diabetic heart..It'll be too hard to heal when wounded"

Monday 15 April 2013

Apa??Cuti midsem sudaaa abis??????

Sekejap sahaja masa berlalu..cuti seminggu yang diberikan rasa seperti semalam je baru bermula..

Dulu time sekolah rendah or sekolah menengah,setiap kali lepas cuti mesti cikgu BM akan suruh kita buat karangan tentang pengalaman cuti kita kan..kalau lah lecturer pun suh buat karangan ni,kompom aku takde point utk buat karangan cuti kali ni..haha..nak tau kenapa??

Cuti kali ni teramat lah membosankan dan aku rasa kosong je sepanjang cuti ni..hidup seperti zombie je kali ni..online,tido dan main..makan??entah lah kenapa sejak balik rumah tetibe hilang selera makan..sehari sekali makan je..kadang-kadang ibu sampai mara sebab tak makan..cuti kali ni bosan sebab tak ramai kawan2 yang balik bercuti..dan ade yang sibuk bekerja..tu yang membuatkan rasa bosan tahap dewa je..

Ok..kali ni aku buat keputusan yang agak drastik iaitu memotong rambutku yang telah disimpan berbulan-bulan lamanya..nak simpan rambut untuk panjang mengambil masa yang agak lama tetapi untuk memotongnya tak sampai 10 minit pun..begitu lah jugak dalam menjaga perhubungan..mengambil masa yang lama untuk menjaganya dan ianya musnah sekelip mata andai ia disalah erti..sedih gak lah..tapi ape nak buat rambut da potong da..so get a new lifestyle pleaseee :3



Screaming Inside......



Hati tidak tenang?rasa seperti sesuatu yang hilang?

Di dalam dunia ini,tiada siapa yang mahu hatinya tidak tenang memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan yang pasti tiada sesiapa yang mahu hatinya kecewa..apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini..Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan mampu mengalirkan air mata..

Namun tidak semua kekecewaan kita hanya kerana masalah percintaan dan pertemuan jodoh..kadang-kala tindakan atau percakapan rakan-rakan jugak mampu membuatkan hati kita terguris..dan mungkin jugak kesilapan yang kita lakukan terhadap orang lain antara punca hati kita tidak tenang..nak dijadikan cerita banyak perkara yang mampu membuatkan hati kita remuk dan membuatkan kita rasa lemah..

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah..berpura-pura kuat, mengukir senyuman tapi tiada siapa yang tahu betapa peritnya di dalam hati ini yang menanggung sendirian..tapi persoalannya sampai biler kita mahu berpura-pura?kita adalah manusia..yang mempunyai hati dan perasaan..hakikatnya kita dambakan perasaan gembira dan tenang dalam kehidupan..


Mahu atau tidak kita mesti membawa diri kita keluar daripada dunia yang tiada penghujungnya kalau dilayan sepanjang masa..memetik kata-kata penulis berbangsa Perancis, Marcel Pagnol ;
"The reason people find it so hard to be happy is because they always see the past is better than it really is"
Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka kata-kata si marcel ni..jom lepaskan kesedihan,kepedihan,kekecewaan,dan sewaktunya demi mencari kegembiraan dan kebahagiaan pada masa hadapan..tapi jauh di dalam sudut hati ini aku merindui sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti..

Dari hati yang tidak tenang,           :)







Thursday 11 April 2013

Ikhlas?adakah hati kita benar-benar ikhlas?




Ikhlas?
Mungkin mudah untuk dituturkan tetapi tak ramai yang dapat melakukannya..
Mungkin hanya sampai di bibir,tetapi bagaimana dengan hati?

Keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas batu hitam yang besar..pasti sukar dilihat walaupun ianya dekat dengan kita..sedangkan orang yang di depan mata pun kita boleh tak nampak,inikan pula semut yang kecil itu..




Keikhlasan itu lahir daripada hati yang dizahirkan dengan tindakan..Kadang-kadang ikhlas itu tak datang dengan sendirinya..kita yang kena ikhtiarkan untuk mencarinya..sebagai contoh paling dekat ialah buat ibadah sunat..tak semua orang selalu melakukannya..ade yang sesetengah nya kena paksa diri untuk beribadah..dan aku akui aku salah sorang daripadanya..kalau lah nak tunggu ikhlas nak lakukan semua tu,sampai ke sudah tak buatnya..mula-mula memang lah susah..tapi lama-kelamaan akan jadi senang..alah bisa tegal biasa..

Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki,dari mana kita belajar ikhlas?begitu jugak lah dengan cinta.. *ha!pandai tak aku kaitkan..haha* tak semua cinta yang kita harapkan kita akan miliki..kalau lah cinta itu mudah dimiliki,pastikah kita akan ikhlas mencintai seseorang itu?jawapan itu semua ade pada diri anda..ketika hasil kerja kita tidak dihargai,maka ketika itu kita sedang belajar tentang ketulusan..ketika usaha kita dinilai tidak penting sama sekali,maka ketika itu kita sedang belajar tentang keikhlasan..jangan lah menyesali apepun yang pernah kita lakukan dengan keikhlasan hati kerana sesuatu yang datang dari hati akan selalu bererti di dalam hati..

Rasanya cukuplah sampai disini sahaja..mana datang idea tajuk kali ini?hasil daripada tengok citer "Honesty" ..citer cina yang mengisahkan seorang lelaki yang sangat jujur dan tidak pandai berbohong..kejujuran lelaki itu sering disalah guna oleh orang sekeliling nya termasuk teman wanitanya..kalau nak tau selanjutnya download dan tonton lah citer tu ye..haha :p..salam yang tulus ikhlas dari hati..assalamualaikum (:



"Keberanian yang banyak diperlukan untuk kita berkata jujur,maka itu hargai lah mereka yang berkata jujur dengan kita,walaupun kadang-kadang itu ia mampu buat kita terluka"



Wednesday 10 April 2013

Berbicara Soal Hati.....

Manusia dikurniakan sepasang mata untuk melihat..dua tangan untuk menyentuh..dua kaki untuk berjalan..sepasang telinga untuk mendengar..dan mengapa dikurniakan sekeping hati sahaja?kerana sekeping hati lagi ade pada pasangan kita..sebab itulah kita hidup di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan..

Pernah dengar peribahasa kerana setitik nila rosak susu sebelangga?hati kita ini ibarat susu..suci dan bersih..tetapi pabila setiap titik-titik hitam mula bertapak di hati kita maka hati kita semakin buta..buta hati maka buta lah mata kita..lebih baik kita buta mata daripada kita buta hati kerana kasih sayang yang luar biasa tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dirasa dengan mata hati kita..

Hati adalah selembut-lembut organ yang kita ade *memandai je aku ni..haha*..walaupun sekeras mana hati seseorang tu dia akan tetap menjadi lembut jikalau kena pada cara dan masanya..batu yang keras itu pun kalau disimbah dengan air selalu lama-lama akan menjadi lembut jugak..inikan pula hati kita yang sememang nya sudah lembut..

Hati itu sesuatu yang sangat unik kerana ia sesuatu yang sukar dikawal..dan sukar diduga..kadang-kadang kita mampu mengawal kemarahan kita,tapi kita tak mampu untuk mengawal hati kita daripada menyukai seseorang..kadang-kadang kita membenci seseorang tetapi sekelip mata sahaja kita boleh jatuh hati padanya..tak perlu bagi banyak contoh kerana korang sendiri pernah alaminya..dan lebih banyak mengetahui tak pun lagi berpengalaman tentang itu..

terkena sindrom apetah aku ni..tetibe post mcm ni -.- aku rasa setakat tu jela untuk hari ni..lagipun idea da lari macam nampak hantu je..hihi..sebenarnya sindrom tu berpunca daripada gambar ni..haha..maju setapak lagi kali ni..ade video plak kali ni..hope you will enjoy it :3


never blame the gravity if you are fall..


dedication for you (: