Total Pageviews

Wednesday, 10 April 2013

Berbicara Soal Hati.....

Manusia dikurniakan sepasang mata untuk melihat..dua tangan untuk menyentuh..dua kaki untuk berjalan..sepasang telinga untuk mendengar..dan mengapa dikurniakan sekeping hati sahaja?kerana sekeping hati lagi ade pada pasangan kita..sebab itulah kita hidup di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan..

Pernah dengar peribahasa kerana setitik nila rosak susu sebelangga?hati kita ini ibarat susu..suci dan bersih..tetapi pabila setiap titik-titik hitam mula bertapak di hati kita maka hati kita semakin buta..buta hati maka buta lah mata kita..lebih baik kita buta mata daripada kita buta hati kerana kasih sayang yang luar biasa tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dirasa dengan mata hati kita..

Hati adalah selembut-lembut organ yang kita ade *memandai je aku ni..haha*..walaupun sekeras mana hati seseorang tu dia akan tetap menjadi lembut jikalau kena pada cara dan masanya..batu yang keras itu pun kalau disimbah dengan air selalu lama-lama akan menjadi lembut jugak..inikan pula hati kita yang sememang nya sudah lembut..

Hati itu sesuatu yang sangat unik kerana ia sesuatu yang sukar dikawal..dan sukar diduga..kadang-kadang kita mampu mengawal kemarahan kita,tapi kita tak mampu untuk mengawal hati kita daripada menyukai seseorang..kadang-kadang kita membenci seseorang tetapi sekelip mata sahaja kita boleh jatuh hati padanya..tak perlu bagi banyak contoh kerana korang sendiri pernah alaminya..dan lebih banyak mengetahui tak pun lagi berpengalaman tentang itu..

terkena sindrom apetah aku ni..tetibe post mcm ni -.- aku rasa setakat tu jela untuk hari ni..lagipun idea da lari macam nampak hantu je..hihi..sebenarnya sindrom tu berpunca daripada gambar ni..haha..maju setapak lagi kali ni..ade video plak kali ni..hope you will enjoy it :3


never blame the gravity if you are fall..


dedication for you (:


No comments:

Post a Comment